Solat adalah sebaik-baik amalan untuk seorang hamba mendekatkan diri kepada Allah. Nabi SAW bersabda;
"Hendaklah kamu beristiqamah. Selamanya kamu tidak akan dapat menghitung (betapa banyaknya pahala istiqamah). Ketahuilah bahawa sebaik-baik amalan kamu ialah solat dan tidak memelihara wudhuk melainkan seorang mukmin.
"Solah adalah sebaik-baik (amalan) yang ditetapkan (Allah untuk hamba-hambaNya mendekatkan diri kepadaNya), maka siapa mampu membahayakkannya, perbanyakkanlah"
Beramal untuk mendekatkan diri kepada Allah bermula dengan yang fardhu, diikuti yang sunat. Setelah menyempurnakan solat-solat fardhu, kita digalakkan oleh Nabi SAW untuk membanyakkan pada solat-solat sunat. Di samping memberatkan timbangan amal soleh kita di Akhirat, solat-solat sunat akan menampung kekurangan pada solat-solat fardhu kita ketika hisab nanti. Nabi SAW bersabda:
"Sesungguhnya amalan pertama yang akan dihisab terhadap seorang hamba muslim pada hari Kiamat ialah solat yang difardhukan. Jika dia menyempurnakannya (akan dituliskan sempurna).
Jika tidak sempurna, akan dikatakan kepada Malaikat: "Lihatlah, apakah dia mempunyai solat sunat?. Jika dia mempunyai solat sunat, akan disempurnakan kekurangan solat fardhu tadi dengan solat-solat sunatnya. Setelah itu barulah dihisab amalan-amalan fardhu yang lain seperti itu juga"
Himpunan Solat-Solat Sunat dari Sunnah Nabi S.A.W (mengikut fiqh mazhab Syafie)
- Product Code: Himpunan Solat-Solat Sunat dari Sunnah Nabi S.A.W
- Availability: In Stock
-
RM20.00