Siri E-Book Fiqh Dalil

Adalah susunan dan kupasan oleh Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil, dari pandangan mazhab-mazhab fiqh, dalil-dalil, hadis-hadis serta terjemahan Al-Quran, disusun dan dibentangkan dalam bentuk e-book yang boleh dibaca melalui telefon bimbit dan komputer riba anda. 

Disusun dalam 168 mukasurat,  serta diterbitkan oleh Iman Firdausi Enterprise dan diedarkan oleh Labeyla Legacy Sdn. Bhd.

Terbitan : Disember 2015

Sedutan dari kandungan buku

Apa yang dimaksudkan dengan solat yang sempurna?

Iaitu solat yang dilakukan dengan memenuhi segala rukun-rukun dan sunat-sunatnya dalam keadaan tenang, khusyuk dan penuh penumpuan. Ciri-ciri solat yang sempurna ialah;

1. Orang yang melakukannya meyakini bahawa solat yang dilakukannya adalah sebagaimana solat Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-.

2. Setiap pergerakan di dalamnya dilakukan dengan toma’ninah (tenang, tertib, sopan dan tidak tergesa-gesa).
3. Lidah menyebut dengan elok dan fasih bacaan-bacaan di dalam solat terutamanya ayat- ayat al-Quran.

4. Bacaan-bacaan di dalam solat difahami maknanya sama ada bacaan itu berupa ayat-ayat al-Quran, zikir atau doa kerana memahami makna membawa kepada penghayatan terhadap apa yang dibaca itu.

5. Hati dalam keadaan khusyuk dan memberi penumpuan kepada solat iaitu tidak lalai atau alpa. 


Siri E-book Fiqh Dalil : Solah Nabi

  • Product Code: Fiqh Dalil : Solah Nabi
  • Availability: In Stock
  • RM15.00