Kombinasi 2 buku dalam satu penghantaran. 

1.  Panduan Zikir-Zikir Harian

2.  Panduan Amalan Harian dari Hadis Nabi S.A.W.

.

Diantara amalan yang mesti menjadi kelaziman seorang muslim adalah mengingati Allah S.W.T.  Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T memberi jaminan bahawa Dia akan sentiasa melindungi hamba-hamba yang sentiasa ingat kepadaNya.  Di mana Dia menegaskan "Maka kamu sekelian ingatilah daku nescaya Aku akan ingat kepada mu.".

.

Nabi Muhammad S.A.W dalam hadisnya, ada bersabda, perumpamaan seorang yang mengingati Allah dan seorang yang lupa kepada Allah sama seperti orang hidup dan orang mati. Maka, kedua-dua buku ini menjelaskan kepada pembaca amalan-amalan yang ringkas dan mudah untuk mengingati Allah dalam kehidupan seharian bermula dari bangun tidur hinggalah tidur semula.

Antara kandungan buku:

1. Zikir Malam

2. Zikir Pagi

3. Zikir Petang

4. Zikir Selepas Solat

5. Zikir-zikir Mutlak

6. Zikir Hari Jumaat. 

7. Zikir dan Doa Penyembuhan. 

8. Doa-doa kesihatan

9. Doa-doa ketika kesusahan. 

10. Doa mohon keampunan

11. Doa untuk Jenazah dan Arwah

12. Doa Perlindungan Diri. 

13. Doa Jami'

14. Doa untuk kesejahteraan umat

15. Doa-doa dari Al-Quran.

Jumlah Muka Surat : 110 ms

Panduan Amalan Harian Hadis Nabi S.A.W. 

Jumlah Halaman : 56 ms. 

Panduan Zikir Harian & Amalan Harian

  • Product Code: Panduan Zikir Harian
  • Availability: In Stock
  • RM15.00