Buku ini mengupas satu peristiwa yang cukup besar yang dilalui oleh Nabi Muhammad S.A.W iaitu peristiwa Israk dan Mikraj.  Peristiwa yang bukan sahaja wajib dipercayai oleh setiap kaum Muslimin, tetapi amat perlu dihayati oleh mereka kerana peristiwa ini membentangkan kisah perjalanan Insan Agung (Nabi Muhammad S.A.W) menuju Allah untuk menghadap-Nya.  Kita juga sedang menuju Allah dan akan menghadap-Nya suatu hari nanti.

Demi mendapat sambutan daripada Allah dengan reda sebagaimana Dia menyambut Nabi-Nya, perjalanan kita juga mesti selari dengan perjalanan yang diatur-Nya untuk Nabi-Nya; diawali dengan penyucian hati, dibimbing oleh guru mursyid (Jibril), melalui tingkat demi tingkat dan seterusnya hinggalah bertemu Allah. Maka setiap babak dan kisah Israk dan Mikraj itu amat perlu kita ikuti dengan penuh minat dan berusaha menimba hikmah dan pengajaran setulus dan sebanyak mungkin untuk menjadi panduan bagi perjalanan kita menuju Allah.

.

Muka buku : Soft Cover

Bilangan Muka Surat : 192 ms

Warna Dalam : Hitam Putih

Penulis : Ustaz Ahmad Adnan Fadzil

ISBN 978-967-388-220-5

Kisah Israk Mikraj : Berdasarkan Riwayat Al-Bukhari & Muslim

  • Product Code: Kisah Israk Mikraj : Berdasarkan Riwayat Al-Bukhari & Muslim
  • Availability: In Stock
  • RM15.00