Solat adalah sebaik-baik amalan untuk seorang hamba mendekatkan diri kepada Allah. Nabi SAW bersabda;

"Hendaklah kamu beristiqamah.  Selamanya kamu tidak akan dapat menghitung (betapa banyaknya pahala istiqamah).  Ketahuilah bahawa sebaik-baik amalan kamu ialah solat dan tidak memelihara wudhuk melainkan seorang mukmin.

"Solah adalah sebaik-baik (amalan) yang ditetapkan (Allah untuk hamba-hambaNya mendekatkan diri kepadaNya), maka siapa mampu membahayakkannya, perbanyakkanlah"

Beramal untuk mendekatkan diri kepada Allah bermula dengan yang fardhu, diikuti yang sunat.  Setelah menyempurnakan solat-solat fardhu, kita digalakkan oleh Nabi SAW untuk membanyakkan pada solat-solat sunat.  Di samping memberatkan timbangan amal soleh kita di Akhirat, solat-solat sunat akan menampung kekurangan pada solat-solat fardhu kita ketika hisab nanti.  Nabi SAW bersabda:

"Sesungguhnya amalan pertama yang akan dihisab terhadap seorang hamba muslim pada hari Kiamat ialah solat yang difardhukan.  Jika dia menyempurnakannya (akan dituliskan sempurna).

Jika tidak sempurna, akan dikatakan kepada Malaikat: "Lihatlah, apakah dia mempunyai solat sunat?.  Jika dia mempunyai solat sunat, akan disempurnakan kekurangan solat fardhu tadi dengan solat-solat sunatnya.  Setelah itu barulah dihisab amalan-amalan fardhu yang lain seperti itu juga"

Himpunan Solat-Solat Sunat dari Sunnah Nabi S.A.W (mengikut fiqh mazhab Syafie)

  • Product Code: Himpunan Solat-Solat Sunat dari Sunnah Nabi S.A.W
  • Availability: In Stock
  • RM20.00