AL-MAQASID AL-NAWAWIYAH

AL-MAQASID AL-NAWAWIYAH

  • RM12.00
Qty:

Imam al-Nawawi Rhm (wafat 676 hijrah) banyak menghasilkan karya-karya dalam pelbagai bidang Islam Islam, namun terdapat satu karyanya yang ramai orang tidak mengetahuinya, iaitu "المقاصد النووية" (al-Maqasid al-Nawawiyah).

Karya ini memiliki nilai dan kepentingannya yang tersediri, kerana ia menggariskan ilmu-ilmu fardhu 'ain yang mesti dijadikan tujuan dan matlamat oleh setiap individu muslim dalam proses menuntut ilmu. Hanya dengan memenuhi ilmu-ilmu ini manusia dapat sampai kepada keredhaan Allah dan sekaligus mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Ada 7 maqsid (tujuan) yang digariskan penulis (Imam al-Nawawi);

Maqsid 1; Aqidah & asas-asas Hukum

Maqsid 2; Hukum-hakam Toharah

Maqsid 3; Hukum-Hakam Solat

Maqsid 4; Hukum-Hakam Zakat

Maqsid 5; Hukum-hakam Puasa

Maqsid 6; Hukum-hakam Haji

Maqsid 7; Asas-asas jalan Tasawwuf

Penutup; Jalan menuju Allah 

Alhamdulillah, dengan sedikit ilmu yang asa saya diberi kesempatan oleh Allah untuk menterjemah karya agung ini dan dan menghidangkannya dalam bahasa Melayu kepada para pembaca sekelian.