Labeyla Dropship

Selamat Datang ke Labeyla Dropship

Pengenalan Konsep Dropship Cara Daftar Cara Membuat Pesanan Kit Sokongan Saya nak daftar

Untuk tahun 2020 ini, kita akan membuat sedikit penambahbaikan dari segi proses sokongan.  Untuk pengetahuan semua, konsep dropship Labeyla adalah konsep DIY.  Di mana, dropshipper perlu menggunakan sistem Labeyla untuk membuat pesanan dan team Labeyla akan menghantarkan pesanan anda terus kepada pelanggan anda.

Pada masa yang sama, Labeyla juga menyediakan bahan bacaan yang anda boleh baca sendiri untuk memudahkan anda membuat copywriting, menggunakan gambar-gambar untuk posting disosial media dan kit-kit marketing yang anda boleh guna untuk membantu anda membuat jualan. 

Pada tahun 2020, kami akan menambahbaik sistem sokongan ini supaya anda boleh terus membuat jualan malah meningkatkan jualan anda.  Namun begitu kami perlu mengingatkan anda, Labeyla hanya menyediakan bahan sokongan yang kami rasakan akan membantu anda dalam jualan, hasil akhir jumlah jualan adalah bergantung kepada usaha anda.

Apa yang baru?  Sebelum ini, jika anda hendak mengetahui secara dalam berkenaan Dropship Labeyla. Anda perlu pergi ke www.labeyla.com/dropship dan membaca terma-terma disitu.  Kemudian anda akan pergi balik ke laman utama untuk membuat pendaftaran, pembayaran dan pesanan.  Kita kurangkan langkah supaya lebih mudah.  Sekarang semua urusan (pembacaan, pendaftaran, pembayaran dan pesanan) dilakukan melalui satu laman web sahaja dan anda boleh lakukan dari smart phone anda sahaja. Menarikan?

Muka seterusnya